Monday, October 5, 2009

Petua Untuk Tahan Lama [18 Ke Atas]

KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama... selama 2 tahun. Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja. Gunakan pada 31 December 2005. Dan sebelah lagi pada 1 Januari 2006. Wah?... tahan sampai 2 tahun kan ?... Amazing GresteQuer! Jangan lupa hujung tahun nie cuba tau...

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama... jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Barangan emas bila dah terlalu banyak dikenakan zakat. Tapi kalau untuk lebih 'tahan lama'... bayar la zakat untuk barang kemas tu. Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi... padan muka korang... hahaha!

PAKAIAN TAHAN LAMA
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach... Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach... Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan. Cuc i guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan! Kalau boleh pakai baju member, baju sendiri simpan elok-elok.

KERETA
Lepas beli, simpan kat garaj... bungkus elok-elok... jangan bagi angin masuk... jangan bagi abuk masuk... jangan bagi wap air masuk. Pagi-pagi panaskan enjin dan hari-hari lap kereta. Bayar loan bulan-bulan sampai abis loan... gerenti kereta tahan lama...

KENYANG
Kalau nak tahan lama... sebelum makan baca bismillah dan doa... Akhir makan... doa dan ucap alhamdullillah. . Jangan jadi macam setan...

UMUR
Umur nak tahan lama?... Jangan Merokok!... Rokok nak tahan lama?... Jangan Hisap!...


TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam - senang aje jangan tidur.

HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan. .. Jujur dan ikhlas.

KUIH RAYA
Kuih raya kalau nak tahan lama, melantak bebanyak sikit, kalau orang datang rumah beraya kasi tapaukan dia sekali kuih-kuih raya tu... ini bermakna tak la membazir... kalau simpan lama sangat nanti kuih jadi tengik... lepas tu nak kena buang, so... jangan jadi setan... membazir amalan setan.

KERJA
Kerja kalau nak "tahan lama " jangan asyik nak baca email aje macam korang... dah tak ada kerja lain ke... kalau BOSS nampak tak pasal-pasal kena tendang.

---------

MORAL: Ada petua yang tak ada kat sini ke...? Macam cari-cari je... OK... Faham, faham... Kalau nak tahan lama, kena sabarlah, jangan gelojoh! Apa pun kalau tak sabar memanglah tak tahan lama!

Gambar Luar Biasa




Thursday, October 1, 2009

Maklum balas






























Pekerjaan anda



Pendapat anda tentang blog ini.



Name:



Email Address:








form creator

Tuesday, September 29, 2009

Orang Gila

Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tanjong Malim, adik beradik rumah sakit jiwa Tanjong Rambutan.

Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) “Kamu tahu tak?”

Orang gila 2 : “Tahu apa?”

Orang gila 1 : “Aku nie matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!”

Orang gila 2 : ( dalam hati ) “Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa…”

Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:

Orang gila 2 : “Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya.”

Doktor : “Kenapa?”

Orang gila 2 : “Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat.”

Doktor : “Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun.”

Orang gila 2 : “Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti…”

Doktor : “???”

sekian. kalau dua-dua orang gila duduk rumah sakit jiwa..erm..faham2 jela..hihi..


Solat Sunat

Solat sunat: ialah solat sukarela untuk menambah taat seorang Muslim kepada Allah s.w.t
Kelebihan: ia dianjurkan oleh Islam mengerjakan kerana dapat melengkapkan kekeurangan dari solat fardu yang berkemungkinan ada cacat celanya atau kekurangan.
Related Posts with Thumbnails